SOFTSKILLS- Belajar Pengucapan Awam untuk Menengah Rendah dan Menengah Atas
22 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21/01/2024, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan kelas pengucapan awam untuk pelajar menengah atas dan menegah rendah untuk 2 pelajar perempuan dan 1 orang pelajar lelaki pada jam 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang.
Dalam kelas ini para peserta dapat mempelajari tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan. Akhir dari kelas ini juga para pelajar dapat kemahiran menggunakan teknik seni bicara, teknik ketrampilan diri serta teknik vocal yang mantap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: